<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3974117245351712235\x26blogName\x3dAroma+Minda\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://anuarsetu.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://anuarsetu.blogspot.com/\x26vt\x3d7722931848242036892', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, September 28, 2011

Masakan Nenda

Kalau anda mahu tahu, masyarakat Jawa mempunyai pelbagai jenis masakan. Saya pula adalah Melayu yang berdarah Arab dan Jawa. Namun, kebanyakan masakan yang saya rasai dari kecil sehingga sekarang banyak yang datang daripada masakan Melayu biasa dan Jawa, tidak pula Arab.

Apa yang saya ingat, kebanyakan masakan Jawa atau Melayu ini kadangkala pelik rupanya. Saya tidak pernah pun terfikir bahawa kulit buah pisang itu boleh dijadikan bahan masakan. Jadi, apabila arwah nenda saya memasaknya (masak lemak), saya tertanya-tanya sama ada ianya sedap atau tidak.

Jadi, disebabkan perasaan ingin tahu itu tinggi, maka saya pun mencubanya. Ternyata, kulit buah pisang memang enak jika dijadikan sebagai bahan utama dalam sesuatu masakan. Akan tetapi, sehingga sekarang, saya tidak pernah lagi melihat masakan tersebut di mana-mana restoran.

Sebenarnya, apa yang saya mahu nyatakan di sini adalah setiap masakan yang arwah nenda saya buat, saya pasti akan menyukainya. Biasanya, saya tidak akan makan sesuatu makanan yang saya tidak biasa sehinggalah arwah nenda membuatnya. Bagi saya, masakan arwah nenda adalah sangat sedap dan sukar untuk saya menolak apa-apa yang dimasaknya (kecuali yang ada petai).

Namun, perasaan itu tidak ada lagi sekarang. Masakan atau makanan Jawa yang jarang-jarang dilihat sudah tidak dapat saya rasai lagi. Mungkinlah ada restoran yang menawarkan masakan sebegitu, tetapi rasanya pasti tidak sama dengan apa yang dimasak oleh arwah nenda.

SEKIAN
10:10 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.